6: TEMPAT
ROH-ROH DI DALAM BADAN
Tempat roh
manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan
pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya
ialah mentaati perintah Allah . Dengan
peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini
dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan
oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana
dia tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada
perpisahan di antara ‘aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya. “Barangsiapa percaya akan
pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan
sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Allah adalah esa dan
Dia mencintai yang bersatu dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal
kebaikan, yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya
semata-mata, tidak dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak
memerlukan kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya
kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya
semata-mata kerana Allah. Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti
menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di dalam alam nyata ini; kenyataan
sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata,
kehampiran dengan Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang
benar dan ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu di
dalam taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita
sehinggalah kepada langit-langit. Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia
ialah kekeramatan yang muncul melalui seseorang, misalnya berjalan di atas air,
terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara dan melihat gambaran
dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang tersembunyi. Sebagai
ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat
seperti syurga, khadam-khadam, bidadari, susu, madu, arak dan lain-lain.
Semuanya itu merupakan nikmati syurga tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat ‘roh
perpindahan atau roh peralihan' ialah di dalam hati. Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian.
Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang
indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak
termasuk di dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut. Allah
Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan bagi Allah
jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah
A'raaf, ayat 180).
Firman Allah di atas
menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah
pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian
dia akan sampai kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama
keesaan sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “ Allah Yang Maha
Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk
syurga” . Baginda s.a.w juga bersabda,“Pengetahuan
adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu” . Ini bermakna nama
kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang
menerimanya.
Dua belas nama-nama
Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid “La ilaha illa Llah” . Tiap satunya adalah
satu daripada dua belas huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha Tinggi
mengurniakan nama masing-masing bagi setiap huruf di dalam perkembangan hati.
Setiap satu daripada empat alam yang dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang
berlainan. Allah Yang Maha Tinggi dengan cara ini memegang erat hati para
pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya. Firman-Nya: “Allah tetapkan orang-orang
yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”.
(Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian dikurniakan
kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka,
pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada
tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih
tinggi lagi. Allah berfirman: “Tidakkah
engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti
pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit . (Surah Ibrahim,
ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan
atau roh peralihan' adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan
di dalam penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya,
cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan' adalah bahasa
alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan menyentuh
soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di akhirat apabila
kembali ialah syurga Na'im, taman kegembiraan kurniaan Allah.
Tempat ‘roh sultan' di
mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan
roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan
yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan
dalam bahasa hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu ada dua bahagian. Satu pada
lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang
perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang”. Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat
berada di dalam sempadan kegiatan hati. Nabi s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai
makna zahir dan makna batin” .
Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang
tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang
sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas
nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari
batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
Pengetahuan zahir
adalah umpama air hujan yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin
umpama mata air yang tidak pernah kering. “Dan
satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami
keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin,
ayat 33).
Allah jadikan satu
bijian, sebiji benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di
dalam diri manusia. Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam
al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan
air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda, “Jika
seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian sumber
hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan
ialah kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan
keelokan, kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah: “Dia telah diajar oleh yang
bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya
padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat
(kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat
(lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya
tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).
Nabi s.a.w
menggambarkan suasana demikian dengan cara lain, “Yang beriman (yang sejahtera)
adalah cermin kepada yang beriman (yang sejahtera)” . Dalam ayat ini yang
sejahtera yang pertama ialah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara
yang sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman
itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan
Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan. “Dia jualah Allah yang tiada
Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara
segala-galanya” . (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan'
di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen di mana roh-roh
berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di
tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan
dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya ialah
kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan
itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus
menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia bukan
bahasa yang berbunyi di luar.
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar
bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini
ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya ialah
keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan pendengaran
menjadi satu. Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang
disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya
sebagai esa dengan keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui
matlamatnya, tempat kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan
keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya
akan rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya
menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila apa yang
diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang berilmu, mula-mula cubalah
memahami tahap pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian kepada kebenaran
(hakikat) mengenai perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum mendongak ke
ufuk yang lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga mereka
memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga mereka
tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka mencari
makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.